Sabtu, 31 Juli 2010

Wedges Or Heels??? Hmm... I think sneakers or selipar jepun more best lah!

hari ni mama balik keja macam biasa...

aku yang bukak pintu sambut...

aku tengok dkt tangan ma ada katalog *betoi ka spelling?hentam je la*...

ma terus pas kat aku...

aku selak2 katalog tu...

rupanya katalog kasut, purse, handbag...

terus aku pas balik dkt ma...

"tak best pun katalog ni." aku sambung balik tengok tv.

"apa pulak tak best. Dalam ni banyak aksesori pompuan tau."

ma terus ambik katalog tu. Ma selak n ma suruh aku pilih mana2 aksesori yang aku berkenan.

"kak long, berkenan dak dengan ni?" ma hala katalog dekat muka aku. " Ma nak beli kat
kak long utk raya ni."

aku kerling sat. terbeliak jgk la mata ni bila terpandang jari telunjuk ma aku betui2 ada dkt wedges coklat bertali belakang setinggi 5 inci. "wedges ma?"

"awatnya?"

"takmau! takmau!" memang sungguh-sungguh aku jawab. Lahir ikhlas dari hati aku.

ma selak lagi pages yg seterusnya. "ni kak long berkenan? Rendah sikit dari tadi."

aku kalih jgk la sbb nak jaga hati ma punya pasal. Kali ni wedges hitam ada blink2 pulak setinggi 3 inci pilihan mama. aku geleng.

next page. ma tunjuk heels 3 inci pulak. kali ni warna krim. pun aku geleng. takmau!

then, heel 2.5 inci. geleng lagi. fokus pada tv tetap tak lari.

pastu back to wedges page lak--> heels --> wedges-->heels...lagi laju aku geleng sampai la satu saat....

"eh Natasha!"

okey, mama kalau dah sebut nama aku separuh penuh tu maksudnya dia memang tengah panas dgn aku.

"dah besar panjang macam ni, sepatutnya kena pandai bergaya sikit. u're 21st ok. anak dara dah. bukannya bdk sekolah lagi. bdk sekolah zaman la ni pun pandai bergaya macam2 trend. Cuba pakai kasut yang elok2 sikit. ni dak... ke hulu ke hilir merata dunia dengan selipar jepun dia ja. dak pun sneakers. Cantik la sangat pakai macam tu? Konon-konon simple la tu. Mama tengok budak2 lain pakai wedges dengan heels nampak ayu ja. teringin jugak nak tengok anak sendiri yang pakai. bla...bla...bla..."

aku dengar ja. tak menjawab. sambung balik tengok tv. Mama yang dok bebel kat tepi telinga, aku balas dengan anggukan je. Sumpah! buat masa ni, aku memang tak boleh ngam dengan kasut yang berinci2 ni. kekok ja rasa nak pakai. bila pakai wedges rasa macam berdiri atas 3 ketul bata. Bila try heels pulak rasa macam berdiri atas pensil kayu 2B. uih! boleh mendatangkan risiko tu...

kalau dengar mama bebel pasal ni mula la aku teringat dekat tok(nenek. selalunya orang utara panggil nenek... TOK) dkt kampung. tok aku dengan ma memang ada gaya pemikiran yang sama. yala.. like mother like daughter but not like grandaughter ok! cara bebel pun sama. cuma ayat je yang lain sikit.

setiap kali bila balik kampung rumah tok... lepas salam peluk cium dekat muka pintu tok mesti tengok aku atas bawah before tunduk tengok selipar aku. harus la! then pastu mula la ayat-ayat keramat...

"huduh sangat la tok tengok anak dara pakai selipar jepun macam ni. Langsung takdak tumit. ni kalau kena paku mesti luka dalam. tok rasa tok tak pernah tengok lagi la cucu tok ni pakai kasut ala pompuan. Selalu dengan selipar jepun. dak pun pakai kasut sukan laki2 (sneakers la tu)."

belum sempat aku langkah masuk rumah lagi dah kena fire. adeh... ada lagi ayat yang lebih sentap tok aku pernah cakap dekat aku satu ketika dahulu. Waktu zaman hingusan lagi la.

"Tok sampai dah tak tau nak bezakan mana satu cucu laki, mana satu cucu pompuan bila dah ramai2 berkumpul macam ni. Tasha... bla...bla..bla..."

hah??? diam terus la aku waktu tu. nak cakap pa lagi. Kalau jawab mesti melarat-larat tok punya ceramah. sampai hati tok. Dah terang lagi bersuluh dalam tiga belas orang sepupu-sepapat berkumpul masa tu, aku sorang je pompuan. takkan la tok tak leh nak beza. Uwaaaa!!!! Lagi la aku uwaaaa!!!! bila tengok depan belakang kiri kanan abang2 sedara aku semua tutup muka tahan gelak. Sakitnya hati dkt depa! haih.... tapi apa yang tok dgn mama cakap, aku tak boleh nak nafikan la sebab memang apa yang depa cakap tu ada betuinya. tapi betui2 pun belum masa lagi kut aku nak ikut nasihat tu. Maybe lain masa, lain tahun. Terbukak pintu hati ni, pakai jugak aku. err... kot??? Wait and see jew la eh... =)


p/s 1 :- pompuan kalau tak layan wedges / heels tak semestinya tak ayu, kan?

p/s 2 :- pompuan bila pakai sneakers lagi nampak cute hapa... eheee... =)

p/s 3 :- kewujudan entry ni membuktikan ketidakbolehtiduran aku dikala waktu ini. Sudah pukul 3.26 pg tapi asal mata belum ngantuk, ha???














Jumat, 30 Juli 2010

Tag n Award From Miz Kimia... =)

Tag @ award ni Miz ruha yg kasi. 1st time ni aku dpt award@tag dr bdk kimia ni... eheee... thanks weyh! =)



1. kenapa follow blog tukang tag ni?

sbb pa eh? sbb aku rasa nak follow aku follow je la.. salah kew follow blog member ah? =)


2. apa yang anda impikan dalam hidup anda?
banyak.... nak sebut satu2 kang x cukup page lak... takpe ar.. aku sebut satu jew... impian aku, nak sukses dlm hidup... *semua org ada impian yg sama kan??*


3. siapa yang bermakna dalam hidup anda?
semua la. yg aku dah kenal and bakal aku kenal... =)


4. apa aktiviti masa lapang anda dan mengapa?
1) typing
2) baca2
3) dgr muzik
4) watching
5) blogging
6) and so on.... =)


5. apa anda buat jika susah nak tidur?
layan muzik
baca novel
taip entry
tengok movie
berangan!!!

6. apa perkara yang anda buat sebelum tidur dan selepas terjaga dari tidur?
of cos la baca doa b4 tidur. Bila aku bangun tidur je... aku tarik nafas panjang n ckp Alhamdulillah sbb aku dipanjang umur lagi hari ni ... =)


7. apa pandangan anda terhadap orang yang suka
mengikut emosi, hawa nafsu (amarah) dari akal fikiran?
jiwa kacau
akal tak panjang
maybe dia tak cool macam Carl... kot??? eheee...


8. bagaimana caranya anda atasi stress?
pejam mata, tarik nafas panjang2 then hembus perlahan-lahan. *buat 10 kali tanpa henti*
makan kuaci/coklat/ais krim
busykan diri
bukak muzik kuat2
duduk sorang2
baca komik/novel


9. siapa orang yang anda kagumi dalam dunia ini?
Nabi Muhammad S.A.W
tokoh2 Islam
abah
mama
tokoh2 yg membangunkan negara
orang yg pandai main muzik especially gitar


10. apa yang anda harapkan dari blog tukang tag ni dan tukang tag ni sendiri?
semoga miz ruha berjaya habiskan study dia dgn sempurna tahun ni, berjaya dlm hidup n may Allah bless you... Amin....



maka dengan ini saya mengisytiharkan bloggers yang ditag adalah seperti berikut

>Kak gee

>cucuratap

>kasih

>bulanhijau

>anda semua yg tengok tag ni... anda ditag!!! =)


p/s :- ok, ruha aku dah jwb.. memuaskan x jwpn2 aku?? ehee.. thnks wei kasi award ni dkt aku... =)


Selasa, 20 Juli 2010

Kawen!!!?????

pukul satu pagi macam tu la lebih kurang...

member aku masuk bilik...

duk kat depan aku...

aku tengah tekun menghadap Word just tegur dia... "Hoi."

Dia pun balas "hoi. Tekun gila menaip. Ang taip apa?"

"Assignment." aku tipu. padahal tengah taip entry.

"Agak2 ar nak menipu pun. Bukan ang dah habis study ka? Celah mana assignment tu mai ha?"

"Celah2 masa ni la." Selamba ja aku jawab. "Awat tak tidoq lagi, wei? Pi tidoq nuh... Jangan kacau aku."

"Aku tak ngantok lagi ar... Ang buat la keja. Aku takmau kacau."

"Good."Aku tunjuk thumbs up kat dia. "Kalau nak On9, broadband aku kat atas katil tuh. Amek ar."

"Tak dak mood nak On9."

"Suka hati."

Agak lama jugak la kami diam sebelum dia tetiba tanya aku soklan2 yang boleh buat aku rasa macam tercekik tulang kambing.

"Sha, kawen tu best tak?"

"Mana aku tau. aku bujang lagi la."

"Susah dak kalau jadi bini orang dlm umoq macam kita?"

Aku gelak sat. "Tatau. Ang pi la tanya kat orang yang kawen muda. Kalau tanya aku macam tak pernah tanya la. Aku taktau nak jawab."

"Tau dah jawapan ang macam ni."

"Dah tau tanya buat pa?"

"Sha."

"Hoi."

"Dia ajak aku kawen."

"tahniah." Aku tunjuk thumbs up lagi.

"aku serius."

"aku tak kata ang main2."

"aku nak kawen."

"okey, aku sudi jadi pengapit."

pastu lagi laju la aku menaip bila dah sampai2 nak habis satu entry. so, apa yg dia ckp mcm aku tak berapa nak ambil pusing la. tapi bila aku sedar yang tetiba je member aku tu diam terus aku angkat muka cari muka dia. tersentak jugak bila tengok dia tengah menghadap muka aku macam nak telan. Tajam lain macam.

"kawen!!???

Dia diam.

"Jangan cakap yang ang serius?" Aku mula bagi full attention dkt member aku tu. Lappy aku tolak tepi.

"Ang ada nampak aku buat lawak ka?"

"dak pun."

"Serius la. Dia ajak aku kawen." 'Dia' tu pakwe dia la.

"Ang nak kawen?"

"Agaknya jodoh aku dah sampai kut."

Aku telan air liur banyak kali jugak la sambil hadap muka member aku tu. Tilik kiri, kanan,atas bawak. Sah! dia memang serius. " Ang baru 21st lorh. Tak rasa muda ka? Tetiba nak kawen."

"Ibu aku dulu pun kawen muda apa."

"ma aku pun. 20 kawen. 21 dah dukung aku."

"So, logik la kan?"

"Memang la logik. Tapi ang cakap nak sambung study lagi."

"Hoi, sapa kata kawen tak boleh study?"

"Tak pernah dengar pun la orang kata macam tu."

"Dah tu?"

Aku fikir balik apa yang dia cakap. "kawen la wei. Jodoh ang dah sampai kut. Lagipun better kawen sebelum jadi benda yg tak baik kan?" cey.. aku dengan penuh gaya kematangan kasi nasihat. tapi betul la apa yg aku kata. before jd benda yang takmau terjadi baik kawen, kan?

Aku betul2 tak sangka yg malam tu aku dikejutkan dengan berita member aku nak kawen. Kalau ikutkan hati memang la aku kurang setuju. 21 baru. Muda lagi tuh dah nak jadi isteri orang. Tapi bila difikir-fikir balik tak salah pun kalau kawen awal. Jodoh kan sampai tak kira umur. Muda ke tua ke kalau dah seru sampai tu.. kena jugak kawen, kan? Ma aku dulu 20 dah jadi bini abah. Tok aku(nenek) 17 dah kawen dgn wan aku. Cousin aku 21 dah dpt title suami. InsyaAllah hujung tahun ni dapat title ayah pulak. Member2 sekolah aku dulu pun ramai jgk yg kawen lepas SPM. Bahagia je. Anak pun dah berpinak2... cute miut ja semua. Aku yg nengok pn jeles.. eheee~~~ Dah itu yang member aku pilih, ak sokong jek. Doa aku semoga dia bahagia hingga akhir hayat... amin...


p/s :- sedih la pulak time taip entry ni. Member aku dah nak kawen... pasni kena bahagi dah masa dia dgn husband and member2. sob3... = (

Senin, 14 Juni 2010

Benci Bilang Cinta


aku sekarang dah lekat dengan satu Sinetron dari negara jiran...
Benci Bilang Cinta tajuk dia di Astro Ria...
pukul 6.3o ptg. Selasa-Jumaat...
Ini semua adik aku punya pasal la...
dia cakap...


Adik :- Kaklong, tengok ar cerita ni. Best oow... Hero dia hensem.

Aku :- asal hero hensem ja hampa layan noh... best sangat ka, dik?

Adik :- besttttttttt.... rugi kalau tak tengok. Jalan cerita macam Princess Hours...

Aku :- Princess Hours?? Cerita bohsan tu? Macam tak best ja! *Entah. aku pun tatau sbb pa aku yang gila drama korea boleh tak suka Princess Hours.*

Adik :- confirm tarak bohsan punya la.. Tengok dulu la baru komen...

Aku :- okey. Kalau tak best siap! satu minggu kak long kontrol tv!



Dan aku pun mula la tengok sinetron tu... First tengok dah mula suka...suka..suka.. dan terus lekat...
sekarang ni... pukul 6.25 je dah terpacak depan tv menghadap cerita tu... Aku suka watak Dimas. Memang tegas, tapi dia sayangkan Winda kan? heeee...



P/S:- Rasa macam dah lama tak post entry dekat sini kan?

P/s :- member aku merengek2 ajak aku pergi tengok movie Lagenda Budak Setan. Best sangat2 ke? korang dah tengok? Amacam? Novel dia memang best tapi movie aku tak sure la pulak...











Kamis, 27 Mei 2010

Sunshine Award from Cucuratap & Snow_Queen

"The Sunshine Award is awarded to bloggers whose positivity and creativity inspire others in the blogging world."

cucuratap kata ;
zarith. ini superstar Penulisan2u nih. peminat berjuta. gerun, gerun. HAHA


zarith kata dekat cucuratap balik ; wei bila masa aku ada peminat berjuta? peminat??? Heh! aku bkn datuk Siti la mokcik... TAKlayak2...adeh...



terima kasih cucur cantek and snow queen

12 blog's names??? ok2.. aku selak blog jap...

1) Mizz ruha: Dia salah sorg member alam maya yg dah jd member baik aku... budak kimia engine.. jgn dekat.. kang ada yg kena simbah asid.. eheeee.... tengs beb. =)

2) wani, ain, FAR, zahra, aNis : selalu meriahkan aku punya blog... juga pengkasi semangat dekat aku... ramah tamah semuanya ni... eheee... thanks a lot frenz...

2) anne swift: ni sama hometown dgn aku.... study pasal hotel2 dkt penang... kan?kan? =) tq beb...

3) kak gee : beliau kakak aku... tp tak sama parents... kedah jugak... cerita kt blog akak gee sgt best.. try la test... =)

4) lieza: dulu dia sgt teruja dgn carl ezairy... dgn nabil pun... kot? dulu la.. skang dah tak kot... selalu je dia geram dgn aku.. tatau la kenapa... eheee... pun ada cerita yg best... try la layan... cakap siap2... Lee aku punya.. haha...

5) umyrahdarwis: dia selalu kasi komen pnjang2 dekat citer HNC... komen2 yg selalu buat aku tersenyum... thanks ya...

6) epi elina : dia pun dari dulu sampai sekarang tak jemu2 baca cerita2 aku... sgt lah dihargai... tengkiu...

7) azzzakiah : 19 taon.. student... dulu dia guna blog's name 'cik azza' kan? tak jemu2 tinggalkan komen dekat my cheritas... makaseh ya... =)

8) Dina : ini kalau aku cakap mesti korg kagum giler dgn dia... bdk kecik lg.. form 1 baru.. tapi dah pandai megarang cerita... hebat kan? thnks dear...


9) kasih : ni ex-junior aku dekat sekolah teknik dulu... langsung tak pernah nampak dia dekat skolah dulu.. jumpa pn dekat blog aje... writer jgk... cerita yg menarik... =)

10) waniey : dia pernah komen dkt HnC 67... "perghhhh ending suspen abis..zarith awk bt sye x sbr2 nk bce nxt n3..saya tgh final ni..jgn tgah2 jwb final t'fikir HnC sdah...." boleh pulak mcm tu? heeee.... thnks a lot...

11) ceritaku MEMORIKU : commentator paling awal yg drop komen dkt blog aku... dan dia jugak yg suruh aku buat blog dekat penulisan2u... thnks sis.. taon ni SPM kan? so gud luck! =)

12) UTK SEMUA...semua member2 aku yang selalu support aku dekat sini...yg selalu layan aku merapu... thanks a lot... luv u all... (^_^)



For these 12 bloggers, sila claim award anda and please;


i. Nominate 12 more bloggers.
ii. Put the logo onto your sidebar or within a post.
iii. Link the nominees within your post.
iv. Let the nominees know they have received this award by commenting on their respective blogs.
v. Share the love and link to the person from whom you have received the award.



P/s utk cucur :- ok.. aku dah amek... hutang dah langsai kan? asal ko tak text aku pasal award ni awal2? aku tak perasan lorh...

p/s utk snow_queen :- thnks kasi award ni... keep on ur writing... =)

Selasa, 11 Mei 2010

hepy mom's day~~

tetiba aku teringat sumthing...
aku capai fon...
aku dial no abah...
aku tunggu panggilan dijawab...
abah angkat fon...
aiseyh! suara mama pulak yg kasi salam...


"ma, bg fon kat abah sat."
"nak berahsia apa pulak dgn abah ni?" laju mama terjah soklan.
err... aku terkulat-kulat sekejap. "nothing la ma.. just nk ckp dgn abah ja."


tak sampai dua saat abah pulak kasi salam
"yo! kak long." see? abah aku ni kdg2 hip hop jgk dia...
"Abah tolong dok jauh sikit dr ma."
"Awat?"
"jauh la sikit."
"haa.. dah jauh dah ni. ada pa?"
"beli kek, beli luve kad, beli..."
"cup! cup! nak wt pa semua tu?"
"mother's day."
"heh! baru nak kalut?"
aiyakk! aku kena?
"nah ckp dgn kakngah. abah tgh mkn ni."


fon beralih pulak dkt adek aku, Lissa.
"beb, hari ni mother's day."
"Gaya mcm hang sorang ja yg tau today is mother's day."
aiyakk! kena lagi... "weh, suprise dekat ma?"
"dah buat."
"Haaah?"
"Tengah celebrate la ni."
"Ada kek?"
"Ada"
"Ada..."
"Ada. semua ada. Hang sorang ja yang tak ada. Padan muka. orang suma dah abes exam, hang baru nak hadap. haha."
Grrrgghhh!!! Geramnya la... "Tunggu la hang. Balik umah nanti aku campak sketch book ang masuk longkang! mentang2 ar hang dah abes exam. kerek lak."


dan masa tu jugak aku rasa macam... uwaaaaaaaghh!!! nak balik! nak balik! nak balik! nak balik kedah!!! tapi nak wat cmna? kena hadap 5 papers membunuh dulu... huhuhu....


p/s :- mama, hepy mother's day.. luv u so much lorh.. *heh! bajet ma baca n3 nih*

p/s :- to all ibu2.. hepy mother's day ea...

p/s :- wei2.. dah nak exam.. cuak giler... gud luck tuk myself








Jumat, 30 April 2010

Alahai justin~~~

adeh... cmne nih?? aku dah lekat dgn sorang lagi artist nih...haru2... before takde la mnt sgt.. tapi lepas tengok Video nih...







....aku terus lekat dgn dia... asal la dia muda dari aku? Asal la dia dok jauh nun di seberang 2 3 4 5 laut sana nuh? Asal la dia cute sgt... eheee... yang taleh terima tuh asal la dia tak dedicatekan lagu ni dekat aku? Asal Taylor Swift pulak yang beruntung.. adeh...
weyh... dia pandai main gitar tuh... waduh waduh! Aku ni dah la sangat addicted & obsessed dgn alat muzik yang satu ni...





P/s 1:- selain lagu favorite girl ni banyak laga lagu dia yg agak latest la jgk... err kot? best2 giler.... One Love. First Dance... Bigger... try la layan.. Baby dengan One time pun okey. sure tangkap punya la... eheeee...

p/s 2 :- agak2 la.. kalau aku balik kedah nanti ckp dekat ma dgn abah... "ma...bah nak kawen dengan justin bieber boleh?" Apa la respon diorang eh? hmmm....*thinking*